PUTRAJAYA: Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita kerana enggan berkahwin dengannya 13 tahun lalu terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal mengetepikan hukuman mati selepas membenarkan permohonan semakan Othman A. Aziz, 72, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Harmindar Singh yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 3 Mei 2011.
Othman yang merupakan bapa kepada dua anak itu sudah dipenjara hampir 13 tahun.
Pada 26 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Alor Star menjatuhkan hukuman mati ke atas Othman kerana membunuh Ratna Suffizahriyanti Omar yang ketika itu berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah antara 8.45 malam 2 Mei hingga 12.45 tengah malam 3 Mei 2011.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman terhadap Othman pada 11 Mac 2014 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sama pada 19 Jan 2015.
Terdahulu peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili Othman memohon hukuman mati digantikan dengan penjara 30 tahun dengan alasan anak guamnya telah menyerah diri kepada polis selepas kejadian itu berlaku.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam kes ini malah dia juga mempunyai penyakit katarak (mata) yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Serdang," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa.
Berdasarkan fakta kes, mayat Ratna Suffizahriyanti ditemukan di dalam bilik tersebut oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat Othman sendiri. Bilik berkenaan diduduki tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Panel tiga hakim mengetepikan hukuman mati selepas membenarkan permohonan semakan Othman A. Aziz, 72, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Gambar fail/Bernama
Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.
Wanita maut, kereta dinaiki bersama suami dan empat anak terbabas
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendean Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 2.11 pagi itu menyebabkan pemandu kenderaan iaitu wanita berusia 41 tahun maut akibat cedera parah.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
PRK KKB: Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang
Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser mewakili hanya 40 orang pengundi, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.
Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan
Seksyen 304A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.
Tukang masak melecur, rakan cedera dapur hotel terbakar
Menurut laporan, kebakaran dapur akibat daripada kebocoran gas memasak dan api berjaya dipadamkan pekerja hotel berkenaan.
Tukang masak didakwa enam pertuduhan termasuk cubaan bunuh warga Pakistan
Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Butterworth hari ini atas enam pertuduhan termasuk cubaan membunuh seorang lelaki Pakistan bulan Januari lepas.
Tukang masak dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Harjit Singh dibacakan di hadapan Majistret.
Tukang masak ditemui meninggal dunia dalam restoran
Polis menerima maklumat kematian mangsa yang juga tukang masak restoran itu apabila dihubungi rakan kira-kira jam 4 petang.
COVID-19: Kanak-kanak rakyat Malaysia dikaitkan dengan kluster baharu di Singapura
Kali terakhir murid Sekolah Rendah Yuhua itu ke sekolah ialah pada 14 Mei.